2 Tawarikh 30:25-27 Alkitab Berita Baik (BM)

25. Semua orang bersukacita, baik penduduk Yehuda, para imam, orang Lewi, mahupun orang yang datang dari utara, dan bangsa asing yang menetap di Israel dan Yehuda.

26. Seluruh kota Yerusalem bersukacita, kerana sejak pemerintahan Raja Salomo putera Raja Daud, belum pernah perkara seperti ini berlaku.

27. Para imam dan orang Lewi memohon berkat TUHAN bagi rakyat. Dari tempat kediaman-Nya di syurga, TUHAN mendengar serta menyambut doa mereka.

2 Tawarikh 30