2 Tawarikh 3:5-17 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Bilik utamanya dilapisi kayu sedar, lalu dilapis lagi dengan emas tua. Pada lapisan emas itu terdapat ukiran pokok-pokok palma dan untaian rantai.

6. Raja Salomo menghias Rumah TUHAN dengan batu-batu permata yang indah dan dengan emas yang diimport dari tanah Parwaim.

7. Baginda menggunakan emas itu untuk melapisi dinding-dinding, kasau-kasau, ambang-ambang pintu, dan pintu-pintu Rumah TUHAN. Pada dindingnya para pengukir mengukir gambar-gambar kerub.

8. Bilik sebelah dalam, yang disebut Bilik Maha Suci, panjangnya 9 meter, dan lebarnya juga 9 meter, iaitu selebar Rumah TUHAN. Dinding Bilik Maha Suci dilapisi emas yang beratnya lebih daripada 20 tan,

9. dan 570 gram emas digunakan untuk membuat paku. Dinding bilik-bilik di tingkat atas juga dilapisi emas.

10. Raja juga memerintah tukang-tukangnya untuk membuat dua buah patung kerub daripada logam, lalu melapisi kedua-duanya dengan emas, dan meletakkannya di Bilik Maha Suci.

14. Tirai untuk Bilik Maha Suci itu dibuat daripada kain linen dan kain-kain lain yang berwarna biru, ungu, dan merah; tirai itu bersulamkan gambar-gambar kerub.

15. Raja membuat dua batang tiang gangsa, setiap satunya setinggi 15.5 meter. Tiang-tiang itu didirikan di hadapan Rumah TUHAN. Tiap-tiap tiang mempunyai satu kepala gangsa yang tingginya 2.2 meter.

16. Bahagian atas tiang-tiang itu dihiasi dengan untaian rantai yang dijalin dan seratus buah delima daripada gangsa.

17. Tiang-tiang itu didirikan di sebelah kanan dan kiri pintu Rumah TUHAN: yang di sebelah selatan dinamakan Yakhin dan yang di sebelah utara dinamakan Boas.

2 Tawarikh 3