2 Tawarikh 28:15 Alkitab Berita Baik (BM)

Empat orang pemimpin itu dipilih untuk memberikan pakaian daripada barang jarahan kepada orang tawanan yang tidak berpakaian. Mereka juga diberikan pakaian dan kasut, makanan dan minuman. Luka-luka mereka diubati dengan minyak zaitun. Orang yang terlalu lemah untuk berjalan dinaikkan ke atas keldai, dan semua orang tawanan itu dibawa semula ke wilayah Yehuda, ke kota Yerikho, iaitu kota pokok kurma. Kemudian orang Israel pulang semula ke Samaria.

2 Tawarikh 28

2 Tawarikh 28:9-26