2 Tawarikh 27:5-9 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Raja Yotam memerangi raja negeri Amon dan tenteranya, lalu mengalahkan mereka. Kemudian Raja Yotam memaksa orang Amon membayar ufti selama tiga tahun, tiap-tiap tahun sebanyak 3,400 kilogram perak, 1,000 tan gandum, dan 1,000 tan barli.

6. Raja Yotam bertambah kuat kerana baginda taat setia kepada TUHAN, Allahnya.

7. Perkara-perkara lain yang berlaku pada masa pemerintahannya, seperti peperangan dan dasar kerajaannya, semua tercatat di dalam kitab Sejarah Raja-Raja Israel dan Yehuda.

8. Raja Yotam berusia dua puluh lima tahun ketika baginda menjadi raja, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun.

9. Raja Yotam mangkat dan dimakamkan di Kota Daud. Puteranya Ahas, menggantikan baginda sebagai raja.

2 Tawarikh 27