2 Tawarikh 27:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Raja Yotam menjadi raja ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun. Bondanya ialah Yerusa anak Zadok.

2. Raja Yotam melakukan apa yang diperkenankan TUHAN, seperti Raja Uzia ayahandanya, tetapi baginda tidak seperti ayahandanya yang berdosa dengan membakar kemenyan di Rumah TUHAN. Walaupun demikian, rakyat baginda terus sahaja berdosa.

2 Tawarikh 27