20. Azarya dan imam-imam yang lain melihat raja dan nampak penyakit kulit yang mengerikan pada dahinya. Lalu mereka mendesak raja meninggalkan Rumah TUHAN dengan segera. Raja keluar dengan tergesa-gesa, kerana TUHAN telah menghukum baginda.
21. Seumur hidupnya, Raja Uzia tidak sembuh daripada penyakit itu. Baginda diasingkan di sebuah rumah dan tidak dibenarkan masuk ke Rumah TUHAN lagi. Raja Uzia dibebaskan daripada segala tugas baginda, lalu puteranya Yotam memerintah kerajaan sebagai wakil raja.
22. Nabi Yesaya anak Amos mencatatkan segala perbuatan Raja Uzia pada masa pemerintahan baginda.
23. Raja Uzia mangkat dan dimakamkan di tanah perkuburan nenek moyangnya, tetapi kerana penyakitnya baginda tidak dimakamkan di makam diraja. Selepas itu puteranya Yotam menggantikan baginda sebagai raja.