2 Tawarikh 26:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Raja Uzia mempunyai tentera besar yang sentiasa siap untuk bertempur. Mereka terdiri daripada pasukan-pasukan yang jumlahnya dicatat oleh dua orang setiausaha, iaitu Yeiel dan Maaseya, di bawah pengawasan Hananya, salah seorang pegawai raja.

12. Segenap angkatan perang itu dipimpin oleh 2,600 orang pegawai.

13. Di bawah pimpinan para pegawai itu terdapat 307,500 orang askar yang gagah perkasa, siap untuk berperang dan membantu raja melawan musuh.

2 Tawarikh 26