1. Raja Yoas menjadi raja Yehuda ketika baginda berumur tujuh tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama empat puluh tahun. Bondanya ialah Zibya, yang berasal dari kota Bersyeba.
2. Raja Yoas melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati TUHAN selama Imam Yoyada masih hidup.
3. Yoyada memilih dua orang isteri bagi Raja Yoas, dan daripada mereka Raja Yoas mendapat putera dan puteri.
4. Selepas Raja Yoas memerintah selama beberapa waktu, baginda mengambil keputusan untuk memperbaiki Rumah TUHAN.