2 Tawarikh 23:9-13 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Yoyada memberi pegawai-pegawai tentera itu tombak dan perisai, yang dahulunya dimiliki Raja Daud, dan yang disimpan di dalam Rumah TUHAN.

10. Yoyada menempatkan orang dengan pedang terhunus di seluruh bahagian depan Rumah TUHAN untuk melindungi raja.

11. Selepas itu Yoyada membawa Raja Yoas keluar, meletakkan mahkota di atas kepalanya, lalu memberi baginda sebuah kitab yang mengandungi hukum-hukum bagi raja yang memerintah. Demikianlah Yoas dilantik menjadi raja. Kemudian Imam Yoyada dan anak-anaknya menuang minyak bagi upacara penabalan pada kepala Raja Yoas, lalu semua orang berseru, “Daulat tuanku!”

12. Ratu Atalya mendengar rakyat bersorak mengalu-alukan raja. Dengan tergesa-gesa baginda pergi ke Rumah TUHAN, ke tempat orang ramai berkumpul.

13. Ratu Atalya nampak raja yang baru, berdiri di pintu masuk Rumah TUHAN, tempat baginda ditabalkan, dikelilingi oleh pegawai-pegawai tentera dan peniup-peniup trompet. Mereka semua bersorak dan bersukacita sambil meniup trompet. Para pemuzik di Rumah TUHAN mengiringi upacara itu dengan alat muzik mereka. Ratu Atalya mengoyakkan pakaiannya kerana cemas dan murka. “Khianat! Khianat!” serunya.

2 Tawarikh 23