Tiada sesiapa pun boleh masuk ke dalam Rumah TUHAN, kecuali para imam dan orang Lewi yang sedang bertugas. Mereka boleh masuk kerana mereka telah ditahbiskan. Tetapi semua orang lain mesti taat kepada perintah TUHAN dan tinggal di luar.