2 Tawarikh 23:15-18 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Mereka menangkap Ratu Atalya dan membawa baginda ke istana, lalu membunuh baginda di Pintu Kuda.

16. Imam Yoyada mengajak Raja Yoas dan rakyat membuat perjanjian bahawa mereka akan menjadi umat TUHAN.

17. Kemudian mereka masuk ke dalam kuil Baal dan merobohkan kuil itu. Mereka menghancurkan semua mazbah dan berhala di situ. Mereka juga membunuh Matan, imam Baal itu, di depan mazbah-mazbah di sana.

18. Yoyada menugaskan para imam dan orang Lewi untuk mengurus pekerjaan di Rumah TUHAN menurut pembahagian tugas yang telah ditetapkan oleh Raja Daud. Mereka mesti mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN menurut Taurat Musa. Mereka juga ditugaskan mengurus muzik dan perayaan.

2 Tawarikh 23