2 Tawarikh 13:14-17 Alkitab Berita Baik (BM)

14. Tentera Yehuda melihat di sekeliling mereka dan sedar bahawa mereka telah dikepung. Maka mereka berseru kepada TUHAN meminta pertolongan, dan para imam meniup trompet mereka.

15. Selepas itu tentera Yehuda berteriak dengan kuat, dan di bawah pimpinan Raja Abia, mereka melancarkan serangan. Allah mengalahkan Raja Yerobeam dan tentera Israel.

16. Tentera Israel lari daripada tentera Yehuda, dan Allah membiarkan tentera Yehuda mengalahkan mereka.

17. Mereka dikalahkan dengan teruk oleh Raja Abia dan tenteranya. Setengah juta orang askar Israel yang paling baik telah terbunuh.

2 Tawarikh 13