2 Tawarikh 12:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Selepas Raja Rehabeam memperkuat pemerintahannya, baginda dan segenap rakyatnya mengabaikan Taurat TUHAN.

2. Pada tahun kelima pemerintahan baginda, mereka dihukum oleh TUHAN kerana mereka tidak setia kepada-Nya. Yerusalem diserang oleh Raja Sisak, pemerintah Mesir,

3. dengan 1,200 buah kereta kuda, 60,000 orang askar berkuda, dan askar-askar yang tidak dapat dikira, termasuk juga tentera Libia, Suki, dan Etiopia.

4. Raja Sisak merebut kota-kota Yehuda yang berkubu, lalu maju sampai ke Yerusalem.

5. Nabi Semaya menghadap Raja Rehabeam dan pemimpin-pemimpin Yehuda yang berkumpul di Yerusalem untuk melarikan diri daripada Raja Sisak. Semaya berkata kepada mereka, “Dengarlah firman TUHAN, ‘Kamu telah meninggalkan Aku; sekarang Aku meninggalkan kamu sehingga kamu dikuasai oleh Sisak.’ ”

2 Tawarikh 12