2 Tawarikh 10:9-19 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Raja bertitah, “Apakah nasihat kamu? Apakah yang harus beta katakan kepada semua orang itu, yang meminta beta meringankan beban mereka?”

10. Mereka menjawab, “Katakanlah kepada mereka, ‘Jari kelengkeng beta lebih besar daripada pinggang ayahanda beta!’

11. Katakan kepada mereka, ‘Ayahanda beta memberi kamu beban yang berat, tetapi beta akan memberi kamu beban yang lebih berat. Ayahanda beta menyebat kamu dengan cambuk, tetapi beta akan menyebat kamu dengan cambuk yang berduri besi!’ ”

12. Tiga hari kemudian, Yerobeam dan rakyat datang lagi menghadap Raja Rehabeam menurut titahnya.

15. TUHAN Allah hendak menepati firman-Nya yang disampaikan kepada Yerobeam anak Nebat melalui Nabi Ahia dari Silo. Itulah sebabnya raja tidak menghiraukan permintaan rakyat.

16. Apabila rakyat melihat bahawa raja tidak mahu mengabulkan permintaan mereka, mereka berseru, “Jangan pedulikan Raja Daud dan keluarganya! Mereka tidak pernah melakukan apa pun untuk kita! Hai umat Israel, marilah kita pulang! Biarlah Raja Rehabeam menjaga dirinya sendiri!”Oleh itu umat Israel memberontak, dan

17. Raja Rehabeam menjadi raja hanya bagi penduduk wilayah Yehuda sahaja.

18. Kemudian Raja Rehabeam mengutus Adoniram, pengawas buruh paksa, pergi kepada umat Israel, tetapi mereka merejam dia sehingga mati. Oleh itu Raja Rehabeam tergesa-gesa melarikan diri ke Yerusalem dengan menaiki kereta kudanya.

19. Sejak itu, penduduk di bahagian utara kerajaan Israel sentiasa memberontak terhadap raja-raja keturunan Raja Daud.

2 Tawarikh 10