18. Setelah Raja Daud mempersembahkan korban, baginda memberkati rakyat Israel dengan nama TUHAN Yang Maha Kuasa,
19. dan membahagi-bahagikan makanan kepada mereka semua. Baginda memberikan seketul roti, sepotong daging panggang, dan kismis kepada setiap lelaki dan perempuan di Israel. Selepas itu mereka pulang ke rumah masing-masing.
20. Selepas itu, apabila Raja Daud pulang untuk memberikan salam kepada keluarganya, Mikhal menemui baginda. Mikhal berkata, “Pada hari ini raja Israel telah sungguh-sungguh membuat dirinya terhormat! Raja telah bertelanjang seperti orang dungu yang tidak tahu malu di hadapan hamba-hamba perempuan milik para pegawai istana!”