1. TUHAN murka lagi kepada umat Israel, lalu Dia menyuruh Raja Daud untuk mendatangkan kesukaran kepada umat itu. TUHAN berfirman kepada Raja Daud, “Adakanlah pembancian penduduk Israel dan Yehuda.”
2. Kemudian Raja Daud memerintah Yoab, panglima perang baginda, “Pergilah bersama dengan para pahlawanmu kepada semua suku Israel di seluruh negeri untuk mengadakan pembancian. Beta ingin tahu jumlah mereka.”
11-12. TUHAN berfirman kepada Gad, nabi yang berkhidmat kepada Raja Daud, “Pergilah dan katakanlah kepada Raja Daud bahawa Aku memberikan tiga pilihan kepadanya. Apa saja yang dipilihnya akan Kulakukan.” Keesokan harinya, selepas Raja Daud bangun dari tidur,