1. Raja Daud anak Isai adalah orang yang dijadikan orang besar oleh Allah, dan telah dilantik menjadi raja oleh Allah Yakub. Raja Daud telah menggubah banyak lagu yang indah bagi Israel, dan inilah ucapan baginda yang terakhir:
2. Roh TUHAN berfirman melalui aku;firman-Nya ada pada bibirku.
3. Allah Israel sudah berfirman;pelindung Israel berfirman kepadaku,“Raja yang memerintah dengan adil,yang memerintah dengan ketaatan kepada Allah,
4. raja itu seperti sinar fajar merekahpada awal pagi ketika langit cerah.Dia seperti sinar matahari selepas hujan,yang membuat rumput hijau indah berkilauan.”
5. Demikianlah Allah akan memberkati keturunanku,kerana Dia telah membuat perjanjian yang kekal dengan aku,perjanjian yang tidak akan dibatalkan,janji yang tidak akan diubah.Itulah sahaja hasrat hatiku;itulah yang akan menjadi kemenanganku,dan Allah pasti akan menepatinya.
6. Tetapi orang yang tidak mentaati Allahseperti duri yang dicampakkan.Tangan orang tidak dapat memegangnya;
7. tiada seorang pun mahu menyentuhnyatanpa menggunakan batang besi, atau tombak.Orang seperti itu akan dibakar habis.
8. Inilah nama para askar Raja Daud yang terkenal: Yang pertama ialah Ishbaal, orang Hakhmoni, pemimpin “Kumpulan Tiga.” Dia pernah berperang melawan 800 orang. Dia membunuh mereka semua dengan tombaknya dalam satu pertempuran.
24-39. Anggota-anggota lain daripada “Kumpulan Tiga Puluh” itu ialah:Asael, adik YoabElhanan anak Dodo orang BetlehemSama dan Elika orang HarodHeles orang PaltiIra anak Ikes orang TekoaAbiezer orang AnatotMebunai orang HusaZalmon orang AhohiMaharai orang NetofaHeleb anak Baana orang NetofaItai anak Ribai orang Gibea di wilayah suku BenyaminBenaya orang PiratonHidai dari lembah-lembah GaasAbialbon orang ArabaAzmawet orang BahurimElyahba orang SaalbonAnak-anak YasyenYonatanSama orang HarariAhiam anak Sarar orang HarariElifelet anak Ahasbai orang MaakhaEliam anak Ahitofel orang GiloHezro orang KarmelPaerai orang ArbiYigal anak Natan orang ZobaBani orang GadZelek orang AmonNaharai orang Beerot, pembawa senjata YoabIra dan Gareb orang YetriUria orang Het.Semuanya ada 37 orang askar yang termasyhur.