1. Raja Daud anak Isai adalah orang yang dijadikan orang besar oleh Allah, dan telah dilantik menjadi raja oleh Allah Yakub. Raja Daud telah menggubah banyak lagu yang indah bagi Israel, dan inilah ucapan baginda yang terakhir:
2. Roh TUHAN berfirman melalui aku;firman-Nya ada pada bibirku.
3. Allah Israel sudah berfirman;pelindung Israel berfirman kepadaku,“Raja yang memerintah dengan adil,yang memerintah dengan ketaatan kepada Allah,
4. raja itu seperti sinar fajar merekahpada awal pagi ketika langit cerah.Dia seperti sinar matahari selepas hujan,yang membuat rumput hijau indah berkilauan.”
5. Demikianlah Allah akan memberkati keturunanku,kerana Dia telah membuat perjanjian yang kekal dengan aku,perjanjian yang tidak akan dibatalkan,janji yang tidak akan diubah.Itulah sahaja hasrat hatiku;itulah yang akan menjadi kemenanganku,dan Allah pasti akan menepatinya.
6. Tetapi orang yang tidak mentaati Allahseperti duri yang dicampakkan.Tangan orang tidak dapat memegangnya;
7. tiada seorang pun mahu menyentuhnyatanpa menggunakan batang besi, atau tombak.Orang seperti itu akan dibakar habis.
8. Inilah nama para askar Raja Daud yang terkenal: Yang pertama ialah Ishbaal, orang Hakhmoni, pemimpin “Kumpulan Tiga.” Dia pernah berperang melawan 800 orang. Dia membunuh mereka semua dengan tombaknya dalam satu pertempuran.
9. Orang kedua dalam “Kumpulan Tiga” ialah Eleazar anak Dodo, daripada puak Ahohi. Pada suatu hari, Eleazar dan Raja Daud bertempur dengan orang Filistin yang sudah berkumpul untuk berperang. Pada waktu itu pasukan Israel sudah berundur,
10. tetapi Eleazar terus berjuang melawan orang Filistin sampai tangannya menjadi kejang, dan dia tidak dapat melepaskan pedangnya. Pada hari itu TUHAN memperoleh kemenangan yang besar. Tentera Israel yang telah berundur, kembali ke tempat Eleazar bertempur, lalu menanggalkan baju perang daripada mayat-mayat di situ.
11. Orang ketiga dalam “Kumpulan Tiga” ialah Sama anak Age, dari Harar. Pada masa itu orang Filistin telah berkumpul di Lehi, di sebuah ladang kacang merah. Tentera Israel lari daripada orang Filistin,
12. tetapi Sama tetap bertahan dan bertempur di ladang itu. Dia membunuh dan mengalahkan orang Filistin sehingga dia berjaya mempertahankan ladang itu. Demikianlah TUHAN memperoleh kemenangan yang besar pada hari itu.