6. Bahaya maut mengelilingi aku,dan kubur memasang perangkap untukku.
7. Dalam kesusahan aku berseru kepada TUHAN;Aku berseru kepada Allahku minta pertolongan.Di dalam Rumah-Nya Dia mendengar suaraku;Dia memperhatikan seruanku.
8. Kemudian bumi bergegar dan bergoncang;dasar langit bergetar dan bergoyang,kerana Allah murka!
9. Asap berhembus dari hidung-Nya,api dan bara keluar dari mulut-Nya.
10. Dia membelah langit lalu turundengan awan gelap di bawah kaki-Nya.
11. Dia terbang laju dengan mengendarai kerub;Dia melayang di atas sayap angin.
12. Dia menyelubungi diri-Nya dengan kegelapan;awan mendung yang tebal mengelilingi Dia;
13. Bara api menyala-nyala dari kilat yang di hadapan-Nya.
14. Kemudian TUHAN mengguntur dari angkasa,dan Yang Maha Tinggi memperdengar suara-Nya.
15. Dia melepaskan anak panah-Nya,dan mencerai-beraikan musuh-Nya.Dia memancarkan kilat sehingga menyebabkan mereka lari.
16. Dasar lautan tersingkap,dan asas bumi terdedah,ketika TUHAN menegur musuh-Nya,dan bertempik dengan murka terhadap mereka.
17. Dari atas TUHAN menghulurkan tangan-Nya,Dia memegang aku,lalu menarik aku keluar dari air yang dalam.
18. Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang kuat,dan daripada mereka yang membenci aku,kerana mereka terlalu kuat bagiku.
19. Ketika aku dalam kesusahan, mereka menyerang aku,tetapi TUHAN melindungi aku.