4. Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji,dan Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.
5. Ombak maut mengelilingi aku,banjir kebinasaan menggenangi aku.
6. Bahaya maut mengelilingi aku,dan kubur memasang perangkap untukku.
7. Dalam kesusahan aku berseru kepada TUHAN;Aku berseru kepada Allahku minta pertolongan.Di dalam Rumah-Nya Dia mendengar suaraku;Dia memperhatikan seruanku.
8. Kemudian bumi bergegar dan bergoncang;dasar langit bergetar dan bergoyang,kerana Allah murka!
9. Asap berhembus dari hidung-Nya,api dan bara keluar dari mulut-Nya.