2 Samuel 22:36-50 Alkitab Berita Baik (BM)

36. Ya TUHAN, Engkau melindungi dan menyelamatkan aku;pertolongan-Mu telah menjadikan aku agung.

37. Engkau menjaga aku supaya aku tidak ditawan,dan aku tidak pernah jatuh.

38. Aku mengejar musuhku dan mengalahkan mereka;aku tidak berhenti sebelum aku membinasakan mereka.

39. Aku memukul mereka sehingga mereka tidak dapat bangun;mereka rebah kerana kalah di hadapanku.

40. Engkau memberi aku tenaga untuk bertempur,dan kemenangan atas musuhku.

41. Engkau menyebabkan musuh lari daripadaku;aku membinasakan orang yang membenci aku.

42. Mereka mencari pertolongan,tetapi tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka;mereka berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak menjawab.

43. Aku menghancurkan mereka, sehingga mereka menjadi seperti debu;Aku memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.

44. Engkau menyelamatkan aku daripada umat yang memberontak,dan menjadikan aku pemerintah bangsa-bangsa;bangsa yang tidak aku kenal kini menjadi rakyatku.

45. Bangsa asing tunduk kepadaku,dan taat apabila mereka mendengar perintahku.

46. Mereka hilang keberanian;mereka gementar dan keluar dari kubu pertahanan.

47. TUHAN hidup! Pujilah pembelaku!Isytiharkanlah keagungan Allah Penyelamatku!

48. Dia memberi aku kemenangan atas musuhku;Dia menaklukkan bangsa-bangsa di hadapanku,

49. dan menyelamatkan aku daripada lawanku.Ya TUHAN, Engkau memberi aku kemenangan atas musuhku,dan melindungi aku daripada orang ganas.

50. Oleh itu aku memuji Engkau di kalangan bangsa-bangsa;aku menyanyikan lagu pujian untuk-Mu.

2 Samuel 22