34. Dia menguatkan kakiku seperti kaki rusa;Dia menjaga keselamatanku di pergunungan.
35. Dia melatih aku untuk berperang,supaya aku dapat melengkungkan busur yang terkuat.
36. Ya TUHAN, Engkau melindungi dan menyelamatkan aku;pertolongan-Mu telah menjadikan aku agung.
37. Engkau menjaga aku supaya aku tidak ditawan,dan aku tidak pernah jatuh.
38. Aku mengejar musuhku dan mengalahkan mereka;aku tidak berhenti sebelum aku membinasakan mereka.
39. Aku memukul mereka sehingga mereka tidak dapat bangun;mereka rebah kerana kalah di hadapanku.
40. Engkau memberi aku tenaga untuk bertempur,dan kemenangan atas musuhku.
41. Engkau menyebabkan musuh lari daripadaku;aku membinasakan orang yang membenci aku.
42. Mereka mencari pertolongan,tetapi tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka;mereka berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak menjawab.