2 Samuel 20:8-10 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Apabila mereka sampai ke batu besar di Gibeon, Amasa bertemu dengan mereka. Pada waktu itu Yoab berpakaian perang, dan pedangnya bersarung serta diikat pada pinggangnya. Apabila Yoab maju berjalan, pedangnya tercabut.

9. Yoab berkata kepada Amasa, “Apa khabar, saudara?” Sementara itu Yoab memegang janggut Amasa dengan tangan kanannya untuk mencium dia.

10. Amasa tidak nampak pedang di tangan kiri Yoab. Tiba-tiba Yoab menikamkan pedang itu ke perut Amasa sehingga isi perutnya berhamburan ke tanah. Yoab tidak perlu menikamnya lagi kerana Amasa mati dengan serta-merta.Kemudian Yoab dan adiknya Abisai terus mengejar Seba.

2 Samuel 20