6. Maka raja bertitah kepada Abisai, “Seba akan lebih menyusahkan kita daripada Absalom. Oleh itu bawalah anak buah beta dan kejarlah dia. Jika tidak, mungkin dia akan menduduki beberapa buah kota berkubu, lalu lari daripada kita.”
7. Kemudian di bawah pimpinan Abisai, anak buah Yoab dan pasukan pengawal peribadi raja, serta semua askar lain berangkat dari Yerusalem untuk mengejar Seba.
8. Apabila mereka sampai ke batu besar di Gibeon, Amasa bertemu dengan mereka. Pada waktu itu Yoab berpakaian perang, dan pedangnya bersarung serta diikat pada pinggangnya. Apabila Yoab maju berjalan, pedangnya tercabut.
9. Yoab berkata kepada Amasa, “Apa khabar, saudara?” Sementara itu Yoab memegang janggut Amasa dengan tangan kanannya untuk mencium dia.
10. Amasa tidak nampak pedang di tangan kiri Yoab. Tiba-tiba Yoab menikamkan pedang itu ke perut Amasa sehingga isi perutnya berhamburan ke tanah. Yoab tidak perlu menikamnya lagi kerana Amasa mati dengan serta-merta.Kemudian Yoab dan adiknya Abisai terus mengejar Seba.
11. Salah seorang askar Yoab berdiri dekat mayat Amasa lalu berseru, “Sesiapa yang memihak Yoab dan Raja Daud, harus mengikut Yoab!”
12. Mayat Amasa yang berlumuran darah terlantar di tengah jalan. Apabila askar Yoab nampak bahawa semua orang yang lalu berhenti di situ, dia menyeret mayat itu ke padang lalu menutupinya dengan kain.
13. Setelah mayat itu disingkirkan dari jalan, semua orang meneruskan perjalanan mengikut Yoab untuk mengejar Seba.
14. Seba melalui seluruh kawasan suku Israel. Kemudian dia tiba di kota Abel-bet-Maakha, lalu segenap puak Bikri berkumpul dan mengikut dia masuk ke dalam kota.
15. Anak buah Yoab mendengar bahawa Seba berada di sana lalu mereka mengepung kota itu. Mereka membuat tanjakan tanah di sebelah luar tembok, dan mula menggali tanah di bawah tembok untuk meruntuhkannya.
16. Di kota itu ada seorang wanita yang bijak. Dari dalam kota itu dia berseru, “Dengarlah! Dengarlah! Suruh Yoab datang ke mari. Saya hendak bercakap dengan dia.”
17. Yoab datang, lalu wanita itu bertanya, “Tuankah Yoab?”“Ya,” jawab Yoab.“Dengarkanlah kata-kata saya,” kata wanita itu.“Baiklah, saya dengarkan,” kata Yoab.