2 Samuel 20:22-26 Alkitab Berita Baik (BM)

22. Kemudian perempuan itu berunding dengan penduduk kota itu sambil membentangkan rancangannya. Lalu mereka memancung kepala Seba dan melemparkannya kepada Yoab dari atas tembok. Selepas itu Yoab meniup trompet sebagai tanda bagi anak buahnya untuk meninggalkan kota itu. Anak buah Yoab pulang, lalu dia pun pulang ke Yerusalem untuk menghadap raja.

23. Inilah para pegawai tinggi yang dilantik oleh Raja Daud:Panglima seluruh tentera Israel: YoabKetua pengawal peribadi Raja Daud: Benaya anak Yoyada

24. Ketua buruh paksa: AdoramBendahara negeri: Yosafat anak Ahilud

25. Setiausaha negeri: SeyaImam: Zadok dan Abyatar

26. Imam di istana: Ira dari kota Yair.

2 Samuel 20