4. Kemudian orang Yehuda datang ke Hebron, dan dengan upacara pelumuran minyak, mereka melantik Daud menjadi raja Yehuda.Apabila Raja Daud mendengar bahawa penduduk Yabes di Gilead sudah memakamkan jenazah Raja Saul,
5. Raja Daud mengirim utusan ke sana dengan pesan, “Semoga TUHAN memberkati kamu kerana menunjukkan kesetiaan terhadap raja kamu dengan memakamkan jenazah baginda.
6. Oleh itu, semoga TUHAN juga menyatakan kasih dan kesetiaan-Nya kepada kamu. Beta pun akan memperlakukan kamu dengan baik kerana perbuatan kamu itu.
7. Hendaklah kamu kuat dan tabah hati! Raja Saul, raja kamu sudah mangkat, tetapi orang Yehuda telah melantik beta menjadi raja mereka.”
8. Abner anak Ner, panglima tentera Raja Saul, telah melarikan diri dengan Isyboset, putera Raja Saul ke Mahanaim, di seberang Sungai Yordan.
9. Di sana, Abner melantik Isyboset menjadi raja kawasan Gilead, Asyer, Yizreel, Efraim, dan Benyamin, bahkan seluruh Israel.
10. Raja Isyboset berusia empat puluh tahun ketika baginda menjadi raja Israel. Baginda memerintah selama dua tahun.Tetapi suku Yehuda setia kepada Raja Daud;
11. dari kota Hebron, Raja Daud memerintah Yehuda selama tujuh tahun setengah.
12. Pada suatu hari Abner dan para pegawai Raja Isyboset berangkat dari Mahanaim ke kota Gibeon.
13. Yoab (ibunya bernama Zeruya), bersama dengan beberapa orang pegawai Raja Daud, menuju ke kota itu juga. Kedua-dua pasukan itu berhadapan di kolam Gibeon; Abner dan pasukannya duduk di sebelah sini, sedangkan Yoab dan pasukannya di sebelah sana.
14. Kemudian Abner berkata kepada Yoab, “Marilah kita suruh beberapa orang anak buah kita bertanding dengan menggunakan senjata.”“Baiklah,” jawab Yoab.
15. Oleh itu dua belas orang yang mewakili Raja Isyboset dan suku Benyamin, berlawan dengan dua belas orang anak buah Raja Daud.
16. Mereka saling mencengkam kepala dan saling menikam perut lawan, sehingga mereka semua mati. Maka tempat di Gibeon itu dinamakan “Ladang Pedang.”
17. Selepas itu pertempuran sengit berlaku. Abner dan pasukan Israel dikalahkan oleh pasukan anak buah Raja Daud.
18. Ketiga-tiga anak lelaki Zeruya berada di sana: Yoab, Abisai, dan Asael. Asael, yang dapat berlari sepantas kijang,