33. Raja Daud bertitah kepadanya, “Jika kamu ikut bersama-sama beta, kamu tidak dapat menolong beta.
34. Tetapi kamu dapat menolong beta jika kamu kembali ke kota. Kemudian katakanlah kepada Absalom bahawa sekarang kamu hendak berkhidmat dengan setia kepadanya, seperti kamu berkhidmat kepada bapanya dahulu. Dengan cara demikian kamu dapat menggagalkan segala nasihat Ahitofel.
35. Imam Zadok dan Imam Abyatar juga ada di sana. Beritahulah mereka segala sesuatu yang kamu dengar di istana.
36. Ahimaas anak Zadok dan Yonatan anak Abyatar juga mengikuti bapa mereka. Kirimlah semua berita kepadaku dengan perantaraan Ahimaas dan Yonatan.”
37. Oleh itu Husai, sahabat Raja Daud kembali ke Yerusalem, tepat pada waktu Absalom tiba di situ.