1. Yoab tahu bahawa Raja Daud sangat merindukan Absalom,
2. oleh itu dia menyuruh orang menjemput seorang wanita cerdik yang tinggal di Tekoa. Ketika wanita itu tiba, Yoab berkata kepadanya, “Berpura-puralah berkabung; pakailah pakaian perkabungan dan jangan sikat rambut. Berlakonlah sebagai wanita yang sudah lama berkabung.
3. Kemudian pergilah menghadap raja, dan katakan kepada baginda apa yang saya katakan kepadamu.” Yoab memberitahu wanita itu apa yang harus dikatakannya.
4. Wanita itu pergi menghadap raja, lalu sujud dan berkata, “Tuanku, tolonglah hamba!”