2 Samuel 13:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Absalom, putera Raja Daud mempunyai seorang adik perempuan bernama Tamar yang cantik dan masih dara. Amnon, putera Raja Daud daripada isteri yang lain jatuh cinta kepada Tamar.

2. Amnon sangat mengingini Tamar sehingga Amnon jatuh sakit. Tetapi Amnon tidak dapat melakukan apa-apa kerana Tamar masih dara dan tidak boleh berjumpa dengan lelaki.

3. Tetapi Amnon mempunyai seorang sahabat yang sangat cerdik, namanya Yonadab anak Simea; Simea ialah abang Raja Daud.

4. Yonadab berkata kepada Amnon, “Tuan putera raja, namun sehari-hari tuan kelihatan sedih! Mengapa?”Amnon menjawab, “Aku jatuh cinta kepada Tamar, adik Absalom saudaraku itu.”

5. Yonadab berkata kepadanya, “Perkara itu tidak susah! Berpura-puralah sakit dan baringlah di tempat tidur. Apabila ayahanda tuan datang menziarahi tuan, katakan ini, ‘Ayah, benarkanlah Tamar datang untuk memberi saya makanan. Saya mahu dia memasak makanan di sini supaya saya dapat melihat dia, dan dia sendiri menghidangkan makanan itu kepada saya.’ ”

37-38. Absalom melarikan diri dan pergi ke istana raja negeri Gesur, iaitu Talmai anak Amihur. Dia tinggal di situ selama tiga tahun. Lama juga Raja Daud berkabung untuk Amnon,

2 Samuel 13