Pada suatu hari, ketika baginda sedang bersembahyang di dalam kuil Nisrokh, dewanya, dua orang putera baginda, Adramelekh dan Sarezer, membunuh baginda dengan pedang. Selepas itu mereka lari ke tanah Ararat. Esarhadon, puteranya yang lain, menggantikan baginda sebagai raja.