2 Raja-Raja 19:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Apabila Raja Hizkia mendengar laporan mereka, baginda mengoyakkan pakaiannya kerana sedih. Baginda memakai kain guni, lalu pergi ke Rumah TUHAN.

2. Baginda menyuruh Elyakim, pengurus istana, dan Sebna, setiausaha istana, serta imam-imam yang tua untuk berjumpa dengan Nabi Yesaya anak Amos. Mereka juga memakai kain guni.

3. Raja Hizkia menyuruh mereka menyampaikan berita ini kepada Yesaya, “Hari ini hari penderitaan. Kita dihukum dan dipermalukan. Kita seperti perempuan yang hampir bersalin tetapi kehabisan tenaga.

2 Raja-Raja 19