2. Seperti Raja Yerobeam yang memerintah sebelumnya, Raja Yehoahas juga berdosa terhadap TUHAN dan menyebabkan umat Israel berdosa. Baginda tidak pernah meninggalkan kejahatannya.
3. Oleh itu TUHAN murka terhadap Israel. TUHAN membiarkan Raja Hazael, raja Siria dan Raja Benhadad putera Raja Hazael, mengalahkan Israel berulang kali.
4. Selepas itu Raja Yehoahas berdoa kepada TUHAN, dan TUHAN tahu betapa kejamnya raja Siria menindas orang Israel. Kemudian TUHAN mengabulkan doa Raja Yehoahas.
5. TUHAN menghantar seorang pemimpin yang membebaskan Israel daripada penindasan orang Siria. Sejak itu Israel hidup dengan tenteram seperti sediakala.