2. Seumur hidupnya Raja Yoas melakukan perkara-perkara yang diperkenankan TUHAN, kerana Imam Yoyada menasihati baginda.
3. Walaupun demikian, tempat penyembahan dewa tidak dimusnahkan, dan rakyat masih mempersembahkan korban serta membakar kemenyan di situ.
4. Raja Yoas memanggil para imam dan memerintah mereka mengumpulkan wang yang diterima sebagai persembahan di Rumah TUHAN, baik wang pembayaran penyelenggaraan korban, mahupun wang persembahan sukarela.
20-21. Para pegawai Raja Yoas berkomplot melawan baginda. Dua orang daripada mereka, iaitu Yozakar anak Simeat dan Yozabad anak Somer, membunuh Raja Yoas di rumah yang dibina di atas timbunan tanah di sebelah timur Yerusalem, iaitu di jalan ke kota Sila. Raja Yoas dimakamkan di permakaman diraja di Kota Daud, lalu Amazia, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.