2 Raja-Raja 10:5 Alkitab Berita Baik (BM)

Oleh itu ketua pegawai istana dan ketua pegawai kota, bersama-sama para pemimpin rakyat dan para wali, mengirim jawapan ini kepada Raja Yehu. Kata mereka, “Kami hamba-hamba tuanku. Kami bersedia menjunjung titah tuanku. Kami tidak mahu melantik sesiapa pun menjadi raja. Lakukanlah apa sahaja yang baik pada pandangan tuanku.”

2 Raja-Raja 10

2 Raja-Raja 10:1-14