2 Korintus 7:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Sahabat-sahabat yang aku kasihi, Allah menjanjikan semua itu kepada kita. Oleh itu kita harus menyucikan diri daripada segala yang menajiskan jiwa dan raga kita. Hendaklah kita takut akan Allah, supaya kita dapat mengamalkan hidup yang khas untuk Dia dengan sepenuhnya.

2. Sambutlah kami di hati kamu. Kami tidak bersalah terhadap sesiapa pun, atau merosakkan iman orang, ataupun merugikan orang lain.

3. Aku berkata demikian bukannya untuk menyalahkan kamu, kerana aku pernah berkata bahawa kami sangat mengasihi kamu dan bersedia sehidup semati.

4. Aku mempunyai keyakinan penuh terhadap kamu dan aku bangga sekali dengan kamu. Meskipun kami mengalami banyak kesukaran, aku tetap bersemangat dan penuh kegembiraan.

2 Korintus 7