1. Kami berkata demikian kerana kami tahu bahawa apabila khemah - iaitu tubuh yang kita diami di dunia ini - dirobohkan, Allah akan menyediakan tempat tinggal di syurga bagi kita. Tempat tinggal itu dibuat oleh Allah sendiri, dan tahan selama-lamanya.
2. Dalam keadaan yang sekarang ini, kita mengeluh kerana sangat rindu untuk tinggal di khemah yang baru, yang dari syurga.
3. Kita ingin dipakaikan tubuh yang baru itu, supaya kita tidak telanjang.