2 Korintus 11:29-33 Alkitab Berita Baik (BM)

29. Apabila seseorang lemah, aku berasa lemah juga. Apabila seseorang berdosa, aku juga bersedih hati.

30. Jika aku mesti berbangga, aku akan berbangga dengan hal-hal yang menunjukkan kelemahanku.

31. Allah, Bapa Tuhan Yesus tahu bahawa aku tidak berdusta. Terpujilah nama-Nya selama-lamanya.

32. Ketika aku di Damsyik, gabenor yang dilantik oleh Raja Aretas memerintahkan askar-askarnya menjaga pintu kota untuk menangkap aku.

33. Tetapi dengan sebuah keranjang aku dihulurkan ke bawah melalui suatu lubang pada tembok kota. Demikianlah aku menyelamatkan diri daripadanya.

2 Korintus 11