17. Aku tidak mengikut perintah Tuhan apabila aku berbangga seperti ini; aku bersikap seperti orang bodoh.
18. Tetapi kerana banyak orang berbangga dengan tujuan duniawi, aku pun mahu berbangga.
19. Kamu menganggap diri kamu bijak. Oleh itu, kamu bersabar terhadap orang bodoh!
20. Kamu membiarkan mereka memperhamba kamu atau merugikan kamu atau memerangkap kamu atau menghina kamu ataupun menampar kamu.
21. Aku malu mengaku bahawa kami tidak berani berbuat demikian.Jika orang berani membanggakan sesuatu, aku pun berani. (Aku ini bercakap seperti orang bodoh.)