21. Adaya, Beraya, dan Simrat.
22. Keturunan Sasak ialah Yispan, Eber, Eliel,
23. Abdon, Zikhri, Hanan,
24. Hananya, Elam, Antotia,
25. Yifdeya, dan Penuel.
26. Keturunan Yeroham ialah Samserai, Seharya, Atalya,
27. Yaaresya, Elia, dan Zikhri.
28. Itulah para ketua keluarga dan pemimpin yang tercatat dalam salasilah mereka. Mereka tinggal di Yerusalem.
29. Yeiel membina kota Gibeon lalu tinggal di situ. Isterinya bernama Maakha,
30. dan anak sulung mereka bernama Abdon. Mereka mempunyai anak lelaki lain: Zur, Kish, Baal, Ner, Nadab,
31. Gedor, Ahyo, Zakharia,
32. dan Miklot, iaitu bapa Simea. Keturunan mereka tinggal di Yerusalem bersama dengan keluarga lain daripada puak yang sama.
33. Bapa Raja Saul bernama Kish dan datuknya bernama Ner. Raja Saul mempunyai empat orang putera: Yonatan, Malkisua, Abinadab, dan Esybaal.
34. Yonatan mempunyai anak lelaki bernama Meribaal, iaitu bapa Mikha.
35. Mikha mempunyai empat orang anak lelaki: Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas.
36. Anak Ahas bernama Yoada. Yoada mempunyai tiga orang anak lelaki: Alemet, Azmawet, dan Zimri. Inilah jurai keturunan Zimri:
37. Moza, Bina, Rafa, Elasa, dan Azel.
38. Azel mempunyai enam orang anak lelaki: Azrikam, Bokhru, Ismael, Searya, Obaja, dan Hanan.
39. Esek, saudara lelaki Azel mempunyai tiga orang anak lelaki: Ulam yang sulung, lalu Yeus, dan Elifelet.
40. Anak-anak Ulam ialah askar perkasa dan pemanah mahir. Anak cucunya yang lelaki berjumlah 150 orang.Mereka semua anggota suku Benyamin.