3. Uzi mempunyai seorang anak lelaki bernama Yizrahya. Yizrahya dan empat orang anak lelakinya, Mikhael, Obaja, Yoel, dan Yisia ialah ketua-ketua keluarga.
4. Isteri dan anak-anak mereka sangat banyak sehingga keturunan mereka dapat menyediakan 36,000 orang lelaki untuk menjadi askar.
5. Menurut senarai rasmi, semua keluarga dalam suku Isakhar mempunyai 87,000 orang lelaki yang layak menjadi askar.
6. Benyamin mempunyai tiga orang anak lelaki: Bela, Bekher, dan Yediael.
7. Bela mempunyai lima orang anak lelaki: Ezbon, Uzi, Uziel, Yerimot, dan Iri. Mereka ketua keluarga dan terkenal sebagai askar perkasa. Dalam senarai keturunan mereka ada tercatat 22,034 orang lelaki yang layak menjadi askar.
8. Bekher mempunyai sembilan orang anak lelaki: Zemira, Yoas, Eliezer, Elyoenai, Omri, Yeremot, Abia, Anatot, dan Alemet.
9. Mereka adalah ketua keluarga dalam puak mereka. Menurut senarai rasmi, daripada semua keluarga dalam keturunan mereka, terdapat 20,200 orang lelaki yang layak menjadi askar.
20-21. Efraim mempunyai tiga orang anak: Sutelah, Ezer, dan Elad. Inilah jurai keturunan Efraim: Sutelah, Bered, Tahat, Elada, Tahat, Zabad, dan Sutelah. Ezer dan Elad dibunuh ketika hendak mencuri binatang ternakan penduduk asli Gat.
22. Bapa mereka berkabung berhari-hari lamanya dan saudara-saudaranya datang untuk menghibur dia.
23. Kemudian Efraim mengadakan hubungan jenis dengan isterinya lagi, lalu isterinya mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Efraim menamakan anak itu Beria kerana malapetaka yang telah dialami mereka.
24. Efraim mempunyai seorang anak perempuan bernama Seera. Dialah yang membina kota Bet-Horon Hulu dan Bet-Horon Hilir, dan juga kota Uzen-Seera.
25. Efraim juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Refah. Inilah jurai keturunan Refah: Resef, Telah, Tahan,
26. Ladan, Amihud, Elisama,
27. Nun, Yosua.
28. Wilayah yang dimiliki dan dijadikan tempat tinggal mereka termasuk Betel dan pekan-pekan di sekitarnya, sampai sejauh Naaran di sebelah timur, dan Gezer di sebelah barat, serta pekan-pekan di sekitar kota-kota itu. Kota Sikhem dan Aya, serta pekan-pekan di sekitar kota termasuk wilayah itu.
29. Keturunan Manasye menguasai kota Bet-Sean, Taanakh, Megido, dan Dor serta pekan-pekan di sekitar kota.Semua kawasan itu adalah tempat tinggal keturunan Yusuf anak Yakub.
30. Asyer mempunyai empat orang anak lelaki: Yimna, Yiswa, Yiswi, dan Beria; dan juga seorang anak perempuan bernama Serah.
31. Beria mempunyai dua orang anak lelaki: Heber dan Malkiel. Malkiel ialah pembina kota Birzait.
32. Heber mempunyai tiga orang anak lelaki: Yaflet, Somer, dan Hotam; dan juga seorang anak perempuan bernama Sua.