12. Supim dan Hupim adalah keturunan Ir.Husim ialah anak Dan.
13. Naftali mempunyai empat orang anak lelaki: Yahziel, Guni, Yezer, dan Salum. Mereka cucu Bilha.
14. Manasye dan gundiknya, seorang perempuan Aram, mempunyai dua orang anak lelaki: Asriel dan Makhir. Makhir ialah bapa Gilead.
15. Makhir mendapatkan isteri bagi Hupim dan Supim. Nama isteri Makhir ialah Maakha. Anak Makhir yang kedua ialah Zelafead. Zelafead tidak mempunyai anak lelaki, hanya anak perempuan.
16. Maakha, isteri Makhir melahirkan dua orang anak lelaki yang diberi nama Peres dan Seres. Peres mempunyai dua orang anak lelaki: Ulam dan Rekem.
17. Ulam mempunyai seorang anak lelaki bernama Bedan. Mereka semua keturunan Gilead anak Makhir, cucu Manasye.
18. Saudara perempuan Gilead yang bernama Molekhet mempunyai tiga orang anak lelaki: Isyhod, Abiezer, dan Mahla.
19. Semida mempunyai empat orang anak lelaki: Ahyan, Sikhem, Likhi, dan Aniam.
20-21. Efraim mempunyai tiga orang anak: Sutelah, Ezer, dan Elad. Inilah jurai keturunan Efraim: Sutelah, Bered, Tahat, Elada, Tahat, Zabad, dan Sutelah. Ezer dan Elad dibunuh ketika hendak mencuri binatang ternakan penduduk asli Gat.
22. Bapa mereka berkabung berhari-hari lamanya dan saudara-saudaranya datang untuk menghibur dia.
23. Kemudian Efraim mengadakan hubungan jenis dengan isterinya lagi, lalu isterinya mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Efraim menamakan anak itu Beria kerana malapetaka yang telah dialami mereka.
24. Efraim mempunyai seorang anak perempuan bernama Seera. Dialah yang membina kota Bet-Horon Hulu dan Bet-Horon Hilir, dan juga kota Uzen-Seera.
25. Efraim juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Refah. Inilah jurai keturunan Refah: Resef, Telah, Tahan,
26. Ladan, Amihud, Elisama,
27. Nun, Yosua.