1 Tawarikh 5:1-19 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Inilah keturunan Ruben, anak sulung Yakub. (Oleh sebab Ruben telah meniduri salah seorang gundik bapanya, maka dia kehilangan haknya sebagai anak sulung. Hak itu diberikan kepada Yusuf.

2. Meskipun begitu, suku Yehuda menjadi suku yang terkuat, dan daripada suku itu seorang menjadi pemerintah seluruh suku Israel.)

3. Ruben, anak sulung Yakub, mempunyai empat orang anak lelaki: Henokh, Palu, Hezron, dan Karmi.

7. Dalam catatan salasilah, tersenarai juga pemimpin-pemimpin puak dalam suku Ruben yang berikut: Yeiel, Zakharia,

8. dan Bela anak Azas, cucu Sema daripada puak Yoel. Puak ini tinggal di Aroer dan di wilayah yang bermula dari Aroer ke sebelah utara di Nebo dan Baal-Meon.

9. Mereka mempunyai banyak sekali ternakan di daerah Gilead. Oleh itu, mereka mendiami tanah di sebelah timur sampai ke padang gurun, yang terbentang hingga ke Sungai Efrat.

10. Pada zaman Raja Saul, suku Ruben menyerang dan mengalahkan orang Hagri, lalu menduduki tanah mereka di bahagian timur Gilead.

11. Suku Gad tinggal di sebelah utara wilayah suku Ruben, di tanah Basan, sampai sejauh Salkha di sebelah timur.

12. Yoel ialah nenek moyang puak yang terkemuka dalam suku Gad; Safam ialah nenek moyang puak yang kedua pentingnya. Yaenai dan Safat ialah nenek moyang puak-puak lain di Basan.

13. Orang lain dalam suku Gad termasuk dalam tujuh puak yang berikut: Mikhael, Mesulam, Syeba, Yorai, Yakan, Ziya, dan Eber.

14. Mereka keturunan Abihail anak Huri. Yang berikut adalah salasilah mereka yang disusur sampai ke pangkal: Abihail, Huri, Yaroah, Gilead, Mikhael, Yesisai, Yahdo, Bus.

15. Pemimpin puak-puak itu ialah Ahi anak Abdiel, cucu Guni.

16. Puak-puak itu tinggal di wilayah Basan dan Gilead, dan di kota-kota di wilayah itu, serta di seluruh padang rumput Saron.

17. Salasilah ini dikumpul pada zaman pemerintahan Raja Yotam di Yehuda, dan Raja Yerobeam II di Israel.

18. Suku Ruben, suku Gad, dan suku Manasye Timur mempunyai 44,760 orang askar yang terlatih dan handal menggunakan perisai, pedang, dan busur.

19. Mereka berperang dengan suku Yetur, Nafis, dan Nodab, iaitu suku-suku dalam bangsa Hagri.

1 Tawarikh 5