1. Berikut adalah sebahagian daripada keturunan Yehuda: Peres, Hezron, Karmi, Hur, dan Syobal.
2. Syobal bapa Reaya, Reaya bapa Yahat. Yahat mempunyai dua orang anak lelaki, Ahumai dan Lahad. Mereka nenek moyang penduduk kota Zora.
5. Asyhur, yang mendirikan kota Tekoa, mempunyai dua orang isteri, Hela dan Naara.
6. Asyhur dan Naara mempunyai empat orang anak lelaki: Ahuzam, Hefer, Temeni, dan Ahastari.
7. Asyhur dan Hela mempunyai tiga orang anak lelaki: Zeret, Yezohar, dan Etnan.
8. Kos ialah bapa kepada Anub dan Hazobeba, dan nenek moyang kepada puak-puak keturunan Aharhel anak Harum.
9. Ada seorang lelaki bernama Yabes, yang paling dihormati dalam keluarganya. Dia diberi nama Yabes oleh ibunya kerana ibunya sangat kesakitan ketika melahirkan dia.
10. Tetapi Yabes berdoa kepada Allah orang Israel, katanya, “Ya Allah, berkatilah aku, dan berilah aku tanah yang luas. Sertailah aku dan jauhkanlah aku daripada kejahatan yang akan menyebabkan aku kesakitan.” Kemudian Allah mengabulkan permintaannya.
11. Kelub, saudara Suha, mempunyai anak lelaki bernama Mehir. Mehir ialah bapa Eston,
12. dan Eston mempunyai tiga orang anak lelaki: Bet-Rafa, Paseah, dan Tehina. Tehina ialah pembina kota Nahas. Keturunan semua orang itu tinggal di kota Reka.
13. Kenas mempunyai dua orang anak lelaki bernama Otniel dan Seraya. Otniel juga mempunyai dua orang anak lelaki, Hatat dan Meonotai.
14. Meonotai ialah bapa Ofra.Seraya ialah bapa Yoab. Yoab ialah pembina Lembah Tukang, dan semua orang di situ adalah tukang yang mahir.
15. Kaleb anak Yefune mempunyai tiga orang anak lelaki: Iru, Ela, dan Naam. Ela ialah bapa Kenas.
16. Yehaleleel mempunyai empat orang anak lelaki: Zif, Zifa, Tireya, dan Asareel.
17-18. Ezra mempunyai empat orang anak lelaki: Yeter, Mered, Efer, dan Yalon. Mered berkahwin dengan Bica, puteri raja Mesir. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Miryam, dan dua orang anak lelaki bernama Samai dan Yisba. Yisba ialah pembina kota Estemoa. Mered juga berkahwin dengan seorang wanita daripada suku Yehuda; mereka mempunyai tiga orang anak lelaki: Yered, pembina kota Gedor; Heber, pembina kota Sokho; dan Yekutiel, pembina kota Zanoah.
19. Hodia berkahwin dengan saudara perempuan Naham. Keturunan mereka adalah nenek moyang puak Garmi dan Maakha. Puak Garmi tinggal di kota Kehila, dan puak Maakha tinggal di kota Estemoa.
20. Simon mempunyai empat orang anak lelaki: Amnon, Rina, Benhanan, dan Tilon.Yisei mempunyai dua orang anak lelaki: Zohet dan Ben-Zohet.