1 Tawarikh 26:19-29 Alkitab Berita Baik (BM)

19. Demikianlah pembahagian tugas pengawal bagi puak Korah dan Merari.

20. Orang lain dalam suku Lewi diberi tanggungjawab mengurus harta benda Rumah TUHAN dan stor tempat menyimpan pemberian-pemberian untuk Allah.

21. Ladan ialah anak lelaki Gerson; dia nenek moyang beberapa kumpulan puak, termasuk puak Yehiel anaknya.

22. Anak-anak Yehiel, iaitu Zetam dan Yoel, diberi tanggungjawab mengurus stor-stor dan perbendaharaan Rumah TUHAN.

23. Keturunan Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel pun mendapat bahagian tugas.

24. Sebuel daripada puak Gersom anak Musa, ialah pengawas perbendaharaan Rumah TUHAN.

25. Sebuel mempunyai hubungan keluarga dengan Selomit melalui Eliezer saudara Gersom. Inilah jurai keturunan Eliezer sampai kepada Selomit: Eliezer, Rehabya, Yesaya, Yoram, Zikhri, Selomit.

26. Selomit dan sanak saudaranya bertanggungjawab mengurus semua pemberian yang dipersembahkan oleh Raja Daud, para ketua keluarga, para pemimpin puak, dan para panglima tentera.

27. Sebahagian daripada barang jarahan yang diperoleh dalam pertempuran, dipersembahkan mereka untuk digunakan khas di dalam Rumah TUHAN.

28. Selomit dan keluarganya bertanggungjawab mengurus segala sesuatu yang telah diberikan untuk digunakan khas di dalam Rumah TUHAN, termasuk segala persembahan yang telah diberikan oleh Nabi Samuel, Raja Saul, Abner anak Ner, dan Yoab anak Zeruya.

29. Keturunan Yizhar, iaitu Kenanya serta anak-anaknya, diberi tugas pentadbiran dan tugas pengadilan di Israel.

1 Tawarikh 26