1 Tawarikh 26:13-25 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Tiap-tiap puak, sama ada puak besar ataupun puak kecil, membuang undi untuk menentukan pintu gerbang yang harus dikawal mereka.

14. Selemya mendapat tugas di pintu gerbang sebelah timur. Zakharia anaknya, yang sentiasa memberikan nasihat baik, mendapat tugas di pintu gerbang sebelah utara.

15. Obed-Edom mendapat tugas di pintu gerbang sebelah selatan, dan anak-anaknya mendapat tugas mengawal stor-stor.

16. Supim dan Hosa mendapat tugas di pintu gerbang sebelah barat dan di Pintu Gerbang Syalekhet yang terletak pada jalan yang mendaki. Mereka bertugas bergilir-gilir menurut jangka masa yang ditentukan.

17. Di sebelah timur, tiap-tiap hari ada enam orang pengawal bertugas. Di sebelah utara ada empat orang, dan di sebelah selatan ada empat orang. Tiap-tiap hari stor-stor dikawal oleh empat orang pengawal; dua orang pengawal bagi sebuah stor.

18. Di pavilyun sebelah barat, empat orang mengawal di jalan raya dan dua orang mengawal pavilyun itu.

19. Demikianlah pembahagian tugas pengawal bagi puak Korah dan Merari.

20. Orang lain dalam suku Lewi diberi tanggungjawab mengurus harta benda Rumah TUHAN dan stor tempat menyimpan pemberian-pemberian untuk Allah.

21. Ladan ialah anak lelaki Gerson; dia nenek moyang beberapa kumpulan puak, termasuk puak Yehiel anaknya.

22. Anak-anak Yehiel, iaitu Zetam dan Yoel, diberi tanggungjawab mengurus stor-stor dan perbendaharaan Rumah TUHAN.

23. Keturunan Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel pun mendapat bahagian tugas.

24. Sebuel daripada puak Gersom anak Musa, ialah pengawas perbendaharaan Rumah TUHAN.

25. Sebuel mempunyai hubungan keluarga dengan Selomit melalui Eliezer saudara Gersom. Inilah jurai keturunan Eliezer sampai kepada Selomit: Eliezer, Rehabya, Yesaya, Yoram, Zikhri, Selomit.

1 Tawarikh 26