1 Tawarikh 26:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Inilah pembahagian tugas untuk orang Lewi yang bertugas sebagai pengawal Rumah TUHAN. Daripada puak Korah, Meselemya anak Kore daripada keluarga Ebyasaf, dipilih.

2. Meselemya mempunyai tujuh orang anak lelaki yang didaftarkan menurut urutan umur: Zakharia, Yediael, Zebaja, Yatniel,

3. Elam, Yohanan, dan Elyoenai.

4. Selanjutnya Obed-Edom dipilih. Dia diberkati oleh Allah dengan lapan orang anak lelaki. Mereka didaftarkan menurut umur: Semaya, Yozabad, Yoah, Sakhar, Netaneel,

5. Amiel, Isakhar, dan Peuletai.

6-7. Anak sulung Obed-Edom, iaitu Semaya, mempunyai enam orang anak lelaki: Otni, Refael, Obed, Elzabad, Elihu, dan Semakhya; semuanya orang penting dalam puak mereka kerana mereka sangat berkebolehan, terutama Elihu dan Semakhya.

8. Untuk pekerjaan sebagai pengawal, puak Obed-Edom memberikan 62 orang lelaki yang cukup layak untuk pekerjaan itu.

1 Tawarikh 26