1 Tawarikh 24:1-3-23 Alkitab Berita Baik (BM)

1-3. Harun mempunyai empat orang anak lelaki: Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar. Nadab dan Abihu meninggal lebih dahulu daripada bapa mereka tanpa mempunyai anak. Oleh itu saudara-saudara mereka, Eleazar dan Itamar, menjadi imam. Raja Daud membahagikan keturunan Harun kepada kumpulan-kumpulan menurut tugas mereka. Dalam pembahagian itu Raja Daud dibantu oleh Zadok keturunan Eleazar dan oleh Ahimelekh keturunan Itamar.

4. Keturunan Eleazar dibahagikan kepada enam belas kumpulan, sedangkan keturunan Itamar dibahagikan kepada lapan kumpulan, kerana dalam keturunan Eleazar ada lebih banyak lelaki yang menjadi ketua keluarga.

5. Oleh sebab di kalangan keturunan Eleazar dan Itamar ada yang menjadi pegawai-pegawai di Rumah TUHAN dan pemimpin-pemimpin agama, pembahagian tugas dilaksanakan dengan cara undi.

6. Keturunan Eleazar dan Itamar bergilir-gilir membuang undi. Lalu nama-nama mereka dicatat oleh seorang setiausaha yang bernama Semaya anak Netaneel, orang Lewi. Semuanya dilaksanakan di hadapan raja bersama-sama para pegawainya, Imam Zadok, Ahimelekh anak Abyatar, serta ketua-ketua keluarga golongan imam, dan ketua-ketua keluarga golongan Lewi.

19. Nama semua orang itu dicatat menurut giliran mereka untuk masuk ke Rumah TUHAN dan melaksanakan tugas ibadat yang telah ditetapkan oleh Harun, nenek moyang mereka, menurut perintah TUHAN, Allah Israel.

20. Selain itu, dalam keturunan Lewi termasuk juga ketua-ketua keluarga yang berikut: Yehdeya, keturunan Amram daripada jurai keturunan Subael;

21. Yisia, keturunan Rehabya;

22. Yahat, keturunan Yizhar daripada jurai keturunan Selomot;

23. Yeria, Amarya, Yahaziel, dan Yekameam anak-anak Hebron menurut urutan umur mereka;

1 Tawarikh 24