1 Tawarikh 21:23-25 Alkitab Berita Baik (BM)

23. “Tuanku, ambillah,” jawab Arauna, “lakukanlah segala kehendak tuanku. Ambillah lembu-lembu ini sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan gunakanlah papan pengirik sebagai kayu api. Ambillah gandum untuk dipersembahkan sebagai korban bijirin. Hamba memberikan semuanya kepada tuanku. Tuanku tidak usah membayar harganya.”

24. Tetapi raja menjawab, “Tidak, beta mahu membelinya dengan sepenuh harga. Beta tidak mahu mempersembahkan milik kamu kepada TUHAN, atau sesuatu yang beta dapat dengan percuma.”

25. Kemudian Raja Daud membayar 600 keping wang emas kepada Arauna untuk tempat itu.

1 Tawarikh 21