1 Tawarikh 21:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Iblis hendak menyusahkan orang Israel; oleh itu dia membujuk Raja Daud supaya membanci penduduk Israel.

2. Raja Daud memerintah Yoab dan pegawai-pegawainya yang lain, “Bancilah penduduk di seluruh pelosok Israel, kerana beta ingin tahu jumlah rakyat Israel.”

3. Yoab menjawab, “Semoga TUHAN melipatgandakan bilangan rakyat Israel sampai seratus kali ganda daripada bilangan yang ada sekarang ini. Tuanku, tidakkah jelas bahawa mereka takluk kepada tuanku? Mengapa harus mengadakan pembancian? Nanti, kerana kesalahan itu, segenap bangsa akan menanggung akibatnya!”

4. Namun raja tetap berpegang pada perintahnya, maka Yoab pergi ke seluruh pelosok Israel, kemudian kembali ke Yerusalem.

1 Tawarikh 21