1 Tawarikh 19:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Beberapa waktu kemudian, Raja Nahas, pemerintah negeri Amon mangkat, lalu Hanun, putera baginda menjadi raja.

2. Raja Daud bertitah, “Raja Nahas ialah sahabat beta yang setia. Oleh itu beta juga harus setia bersahabat dengan Hanun, puteranya.” Oleh itu Raja Daud mengirim utusan-utusan untuk mengucapkan takziah kepada Raja Hanun kerana kemangkatan ayahanda baginda.Apabila utusan-utusan itu tiba di Amon,

3. para pemimpin negeri Amon berkata kepada Raja Hanun, “Janganlah tuanku berfikir bahawa Raja Daud mengirim utusan-utusan itu untuk menyampaikan takziah kerana baginda hendak menghormati ayahanda tuanku. Raja Daud mengirim semua orang itu ke sini sebagai pengintip untuk menyelidiki negeri kita, supaya dapat merampasnya!”

4. Raja Hanun menangkap para utusan Raja Daud, lalu mencukur janggut mereka, memotong pakaian mereka sependek punggung, kemudian menyuruh mereka pergi.

5. Para utusan itu sangat malu untuk pulang. Apabila hal itu diberitahukan kepada Raja Daud, baginda mengirim pesan supaya utusan-utusan itu tinggal di Yerikho sehingga janggut mereka tumbuh semula.

1 Tawarikh 19